Saturday, September 14, 2013

Durian kampung

Hai uols.....
Tiba-tiba je rase rindu kat kg.....
Al maklum lah, shah alam dengan terengganu agak jauh, kalau nak balik tiap2 minggu....tmbah2 lagi bila dah berkeluarga ni....
Klu kat terengganu musim macam ni, mesti musim durian...
Urmmmm sedappnya klu durian nenek aku....
Tapi masa balik kg bulan lepas, sempat lah makan 2, 3 durian...
Klu korang nak tahu, berbeza sgt tau durian kg dengan durian yang kat bandar ni....perghhh klu siapa2 pergi melancong kat terengganu boleh lah nak singgah2 makan durian kampung... mmg best sgttt.....
Ni aku nak share durian yg aku sempat makan.. urmmmmm

Roti bakar ala-ala hailam

Hai uols.....
Selalunya weeknd lepak2 kat hailam....
Tapi lately ni macam malas je....
Tp teringin n rindu kat roti bakar kat hailam...
So decide lah nak buat sendiri.....

Bahan-bahan:

Roti ( pelbagai jenis roti)
Kaya( perasa original)
Butter jenama buttercup.( dipotong nipis2)

Cara-caranya;

Senang je....klu ikutkan kat hailam, diorang bakar atas bara kan...so kat rumah takde, korang boleh je guna kuali or pembakar roti...
mula-mula bakar roti, dan sapukan kaya pada seluruh roti kemudian letakkan hirisan butter.. dh siap tuk di makan...
Untuk tambahkan nikmat, minum bersama milo, nescafe or kopi...urmmmmmmm



Monday, September 9, 2013

Morning uols.....

Mulakan hari anda dengan ceria n gembira.....
Enjoy it... yay!!!!

Ayam kunyit cendawan ( easy, simple, fast)

Hai....
Hari ni a bit tired dgn kerja....so balik rumah jz masak makanan paling simple je...
Nasib lah hubby x kisah makan apa pun, janji masak...
Boring katanya makan kat luar.....
Jom masak......


Ayam kunyit cendawan




Bahan-bahan:

Ayam
Bawang besar( mayang halus)
Cendawan
Serbuk kunyit (sedikit)

Cara-caranya:

Panaskan kuali, masukkan bawang, cedawan, tambah sedikit air...masak sampai naik bau, kemudian masukkan ayam...tambah sedikit air dan serbuk kunyit...biarkan seketika, dan masak.....SELAMAT MENCUBA

Terung berlada (Easy, Simple, Fast)

Hola... hola

Jom main-main masak-masak,

hari tu pergi kedai, kebetulan ternampak terung yang fresh dari ladang,

terus teringat kat hubby kat rumah, mmg favorite dia..so decide nak
masak terung berlada......:)

Jom kita masak, (easy, simple, fast)

Terung berlada


Bahan-bahan

Terung (  3 batang, size sederhana)
* belah 2 terung tersebut, potong mengikut size yang suka.
lada kering ( 6 batang) * boleh juga gunakan lada lumat/ lada hidup
bawang kecil ( 5 biji)
bawang putih ( 1 biji )

* kisarkan semua bahan di atas, kecuali terung.

cara-cara masak,

mula-mula, goreng terung yang di potong dengan minyak yang sedikit, setelah terung kelihatan lembik, angkat dan letakkan di dalam pinggan yang dah siap.

Panaskan kuali dengan minyak, kemudian masukkan bahan yang di kisar. tumis sehingga masak, masukkan sedikit air untuk masak dengan sempurna. Kemudian masukkan gula, garam dan aji secukup rasa.

Setelah masak, curah bahan tumis tadi di atas terung yang telah masak dan siap untuk di makan.

SELAMAT MENCUBA

Sunday, September 8, 2013

Ayam masak lemak tempoyak cili padi (' Easy, simple n fast')

Hola...hola.....

Weekend je, mesti nak rest je kat rumah kan sebab dah penat berkerja, so bila dah kat rumah, banyak benda kena fikir, nak makan apalah??? nak masak apalah???..

Mula-mula tak lapar lagi, then bila dah tak ada kerja nak buat, perut mula berkeroncong.(macam-macam lagu duk nyanyi)

so aku decide tuk masak ayam masak tempoyak, so aku share lah resepi ' Easy, simple n fast'.

Ayam masak tempoyak cili padi.


Bahan-bahan
Ayam ( 1/2 je/ depends kat kauorang yang masak)
Tempoyak (bahan wajib ada)* ikut citarasa anda
Bawang kecil ( 3 biji)
Bawang putih ( 1 biji)
cili padi ( 14 biji) * ikut tahap kepedasan kauorang)
Asam jawa *ikut tahap masam korang
Serai 2 batang ( di ketuk)
Daun kesum
Kunyit  hidup( sedikit./ secukup rasa)

cara-caranya,

kisarkan, bawang kecil, bawang putih, cili padi dan kunyit hidup. kemudian panaskan minyak, masukkan bahan yang di kisar ke dalam kuali, tunggu sehingga bahan yang di kisar masak( campuran sedikit air supaya bahan tersebut masak dengan sempurna). kemudian setelah bahan tadi masak, masukkan ayam. kemudian masukkan air, masukkan tempoyak, masukkan serai dan daun kesum dan akhir sekali, masukkan garam, gula, aji secukup rasa. tunggu sehingga masak... senang, cepat dan sedap, SELAMAT MENCUBA...:)



My work station

Hola....hola.... second entri for my blog...
Workstation one of the factor yg influence kita punya mood kerja...
So tuk tu kita kena lah letak banyak2 benda yang boleh naikkan mood ye....like cermin, makanan n banyak lagi.....

hello uols.....:)


hai, salam perkenalan.....
for the first time, i nak say hello to uols..
coz this is first time try nak berjinak-jinak dalam blogger...
macam budak-budak baru belajar ye, banyak benda nak kena explore...
Yay... happy! coz now i boleh start sharing, my knowledge, my experience dan
pelbagai benda-benda yang menarik....
ikut pepatah kan, 'sharing is caring'.

so hello again....:)

start your day with smile, make your day happy, xoxo